Visi dan Misi

Visi Sekolah


SK Taman Permas Jaya 2 mencapai 78% Skor Komposit.

Misi Sekolah


SK Taman Permas Jaya 2 komited terhadap pencapaian Visi Sekolah:
•Melahirkan pelajar berintegrasi dan berdisiplin.
•Memperkembangkan potensi dan sahsiah individu dalam segala bidang ke arah yang lebih positif.
•Membentuk persekitaran yang selamat dan menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif.

Motto Sekolah

"Kualiti Teras Kecemerlangan"


Maksudnya, warga SK Taman Permas Jaya 2 bersatu dan berganding bahu dengan masyarakat setempat berusaha untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan berakhlak mulia berlandaskan Rukun Isalam yang tertera di dalam Rukun Negara.

Falsafah Sekolah


Pendidikan di SK Taman Permas Jaya 2 adalah satu usaha ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan berkualiti dari segi keseimbangan jasamani, emosi, rohani dan intelektual berdasarkan kepercayaan dan ketaatan kepada Allah.

Matlamat Sekolah


Untuk melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, cemerlang akademik, sihat, cergas dan bertanggungjawab kepada agama, diri sekolah, keluarga, masyarakat dan negara ke arah pencapaian wawasan 2020.

0 comments:

Post a Comment