Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua warga SK Taman Permas Jaya 2, guru-guru, staf-staf, murid-murid, ahli PIBG, komuniti Taman Permas Jaya, alumni dan semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga hari raya ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Tuesday, August 14, 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Bantuan Raya Anak Yatim

Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadhan tahun ini telah berlangsung pada hari Selasa lepas. Majlis bermula dengan bacaan doa, Asma ul Husna, seterusnya bacaan Al-Quran juz terakhir oleh qari dan qariah dari tahun enam.

Majlis kemudiannya disambung dengan doa penutup dan nasyid yang dipersembahkan oleh tahun tiga, sebelum Majlis Khatam Al-Quran itu ditutup oleh ucapan Guru Besar.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian bantuan baju raya dan duit raya kepada anak yatim dan akhir sekali, yang paling dinanti oleh murid-murid ialah pemberian duit sekolah kepada semua murid.

Thursday, August 2, 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan


Pada perhimpunan mingguan yang lepas, sekolah telah melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti yang bertemakan kemerdekaan akan dijalankan sepanjang sambutan ini. Bertujuan untuk melahirkan rasa patriotisma dan sayang kepada negara dikalangan murid-murid, serta memperingati dan menghargai jasa para pejuang kemerdekaan dan pemimpin dahulu yang telah berusaha memerdekakan negara kita.