Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur atas kehadiran Guru Besar yang baharu, Puan Hajah Adibah Binti A. Manan untuk menjadi tonggak pimpinan di SK Taman Permas Jaya 2. Kehadiran beliau adalah untuk menggantikan tempat mantan Guru Besar kami yang dikasihi Puan Hajah Siti Latifah Binti Haji Adnan yang telah berpindah ke SK Bukit Mutiara, Johor Bahru.
Puan Hajah Adibah Binti A. Manan adalah merupakan Guru Besar yang ke 7 mentadbir di SK Taman Permas Jaya 2. Sebelum ini beliau berkhidmat di SK Seri Perling 2, Johor Bahru. Kedatangan beliau di sini amat dialu-alukan dan kesempatan ini kami mengucapkan tahniah dan selamat datang ke sekolah kami.