Friday, June 29, 2012

Video Senamrobik 1 Murid 1 Sukan


Sekolah akan mengadakan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 10hb Julai ini bertempat di dataran sekolah. Aktiviti yang menyihatkan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia akan berlangsung di semua sekolah pada masa yang sama dan mengikut rentak senaman yang sama. Himpunan senamrobik secara serentak ini merupakan yang terbesar di negara dan akan dicatat dalam The Malaysia Book of Records. 

Thursday, June 28, 2012

Data Kokurikulum Murid


Link download borang pengisian data kokurikulum murid baru seperti yang telah disampaikan oleh En. Nor Rahman dalam mesyuarat tadi.

Data Ahli Unit Koko (untuk diisi guru penasihat unit koko).xls
Data Murid & Buku Pencapaian Koko GPA Baru (untuk diisi guru kelas).xls

Untuk download, click link di atas, click File kemudian Download.
Have a nice day!

Saturday, June 23, 2012

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2012

Kem motivasi kecemerlangan murid tahun enam telah pun berjaya dijalankan pada hari ini, diharap murid-murid tahun enam akan lebih bersemangat dan gigih berusaha untuk mencapai satu tahap yang memberangsangkan dalam UPSR nanti. 

Bersama penceramah kem motivasi

Friday, June 22, 2012

Hari Terbuka dan Keusahawanan

Hari ini merupakan hari terbuka SK Taman Permas Jaya 2, pada hari ini para ibu bapa datang ke sekolah untuk berjumpa guru kelas anak masing-masing. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan tahap pencapaian anak mereka dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Diharap dengan hari terbuka ini dapat menjadi pemangkin untuk meningkatkan pencapaian murid-murid.

Pencarian Blogger SKTPJ2!


Design template blog SKTPJ2 dah pun siap, cantik tak? Yeke? Terima kasih hehe..  Sekarang saya mempersilakan mana-mana guru yang ingin membuat post berkenaan dengan aktiviti, persatuan, sukan, peraturan, perkembangan semasa, perkongsian ilmu akademik atau apa saja berkaitan dengan sekolah bolehlah berbuat demikian. Caranya

Thursday, June 21, 2012

SKTPJ2 dah ada blog ya!


Pada hari ini, saya Cikgu Raja dan GPK1 Pn. Norlia telah menghadiri sebuah kursus membina laman blog sekolah di Hotel Putri Pacific sempena Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti 2012) yang diadakan di Persada JB. Siapa yang belum pergi tu sempat lagi. Misti 2012 sampai 25 Jun, banyak game menarik sana. Rugi tak pergi.